|
Koperasi Niaga Pegawai-Pegawai Lembaga Pertubuhan Peladang Berhad atau ringkasannya KNB~LPP Telah ditubuhkan pada 26 Mac 1976 dengan No. Pendaftaran Koop. Int. No. 2. Keanggotaan Koperasi ini hanya terbuka kepada pegawai-pegawai kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Kawasan (NAFAS), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan subsidiari-subsidiarinya yang bergaji bulanan dan memegang jawatan tetap. Aktiviti utama koperasi ini adalah kredit. Aktiviti lain termasuklah perladangan, Perniagaan dan hartanah.
VISI
"KNB~LPP menjadi Koperasi Unggul dan Cemerlang"
MISI
Memberi perkhidmatan yang berkesan kepada anggota, meningkatkan kepentingan ekonomi anggota mengikut prinsip-prinsip koperasi.
MATLAMAT
-
Menyediakan kemudahan simpanan untuk anggota
-
Mengadakan skim pinjaman
-
Menyertai projek hartanah
-
Menyertai projek pertanian
-
Menceburi bidang perniagaan
|
|